Shopping Cart
0 items
 

Teknik Bercerita Dalam Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah

Posted On: 2011-05-26 13:21:14 ; Read: 11573 time(s)

Oleh
Dr.Rohizani Yaakub,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Pengenalan

Ibu bapa dan guru lazimnya akan berasa sangat gembira dan bangga apabila anak-anak mula menunjukkan minat terhadap buku. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawaminat terhadap buku pada peringkat awal perlulah sentiasa dipupuk supaya minat ituterus berpanjangan sehingga menjadi kebiasaan. Hal ini kerana sikap terhadap membacadalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting dalammenentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya. Pada peringkat ini kanak-kanaksangat menyukai aktiviti membaca cerita secara kuat. Maksudnya, mereka suka kalau ibubapa, guru-guru, atau sesiapa sahaja membacakan cerita dan mereka mendengar. Padamasa yang sama, kanak-kanak sebenarnya menyimpan hasrat untuk dapat membacaseperti yang dilakukan oleh pencerita tersebut. Perbuatan membaca iaitu pergerakankepala (mata) dari kiri ke kanan, sangat menarik perhatian kanak-kanak. Mereka seolaholahtidak sabar untuk menguasai kemahiran ‘ajaib’ tersebut.Umumnya semasa anak-anak masih kecil, ibu bapa akan duduk bersama anak-anak danmembacakan buku-buku cerita kepada mereka. Keriangan jelas terbayang di wajah anakanakyang mendengar cerita, tidak kira dari siapa. Namun, masa yang dihabiskanbersama anak-anak untuk bercerita akan semakin kurang setiap hari anak semakinmembesar, sehinggalah anak-anak dibiarkan untuk membaca sendiri. Biasanya itulah halyang terjadi dalam mana-mana keluarga pun. Namun, dengan perkembangan ilmu, sudahbanyak ibu bapa yang terus-menerus memberikan masa dan perhatian terhadappembacaan anak-anak kerana diyakini bahawa peranan merekalah sebenarnya yang akanmempengaruhi sikap anak-anak terhadap pembacaan apabila mereka besar. Menyedaripentingnya peranan mereka, banyak ibu bapa yang mula memberikan lebih perhatian danbelajar cara bercerita dengan lebih sistematik bagi membantu anak-anak memupuk sikappositif terhadap membaca. Hal ini kerana disedari bahawa sikap positif terhadapmembaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting dalammenentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya.

baca artikel penuh di http://cikguani.blogspot.com/2009/02/teknik-bercerita-dalam-perkembangan.html


Comments
No Comments Found!
Write Comment
Your Name


Your Email Address


Your Comment Note: HTML is not translated!
Enter the code in the box below:

 
----------------------------------------------------------------------------
COPYRIGHT © EDUKID DISTRIBUTORS SDN. BHD.
Members of MBEIA