We still to be having issues with @yahoo emails. Please use another email when placing order. Sorry for the inconvenience being caused.
Shopping Cart
0 items
 

Cabaran Menjadi Penerbit Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Posted On: 2011-05-18 18:21:14 ; Read: 5197 time(s)

Cabaran Menjadi Penerbit Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Pasaran buku sastera kanak-kanak dan remaja sedang 'boom' sekarang, tetapi menerbitkan buku-buku itu banyak cabarannya.

Pertama, ramai ibu bapa tidak berapa suka apabila anak-anak mereka yang masih di bangku sekolah menghabiskan waktu berjam-jam membaca buku-buku cerita. Ibu bapa mahu supaya anak-anak mereka membaca buku pelajaran, supaya mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Ini adalah cabaran paling utama.

Kita perlu mengubah sikap dan persepsi ibu bapa terhadap buku sastera kanak-kanak dan remaja. Walaupun buku-buku itu dibaca oleh kanak-kanak dan remaja, tetapi mereka menggunakan wang ibu bapa bagi membelinya.

Selagi ibu bapa percaya membaca buku-buku cerita adalah tidak berfaedah pada prestasi peperiksaan, selagi itu mereka tidak mahu mengeluarkan wang bagi membelikan buku-buku untuk anak-anak mereka.

Kita pernah melihat ibu bapa menarik anak mereka yang sedang asyik membelek-belek buku sastera remaja PTS dan memaksa si anak meletakkan semula buku itu ke atas raknya.

Guru-guru pun ramai yang tidak menggalakkan murid mereka membaca buku-buku yang tidak membantu mereka mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan. Ramai guru disiplin merampas novel-novel popular yang mereka jumpa dalam beg sekolah pelajar-pelajar perempuan.

Ramai guru Bahasa Melayu tidak menggalakkan murid mereka membaca buku-buku cerita yang bukan terbitan DBP atas alasan bahasa yang digunakan dalam buku-buku cerita itu buruk, yakni banyak kesilapan ejaan, tanda baca, tatabahasa dan bahasa slanga.


Comments
No Comments Found!
Write Comment
Your Name


Your Email Address


Your Comment Note: HTML is not translated!
Enter the code in the box below:

 
----------------------------------------------------------------------------
COPYRIGHT © EDUKID DISTRIBUTORS SDN. BHD.
Members of MBEIA